awak orang yg ke ----->

Saturday 15 June 2013

Zaman sekolah rendah dulu-dulu .

Assalamualaikum . Tadi aku tengah kemas-kemas bilik aku . Dan aku terjumpak tikus dalam bilik aku . Homaigodd !! Oke acah je . Aku jumpa barang aku masa aku darjah satu dulu-dulu . Aku rasa macam teringat balik masa aku kecik-kecik dulu kat sekolah . Bohong yang amat jikalau aku memberitahumu aku tidak merindui zaman sekolah aku itu. Tapi apa kan daya , usia ku semakin tua . Aku harus kedepan untuk sentiasa berjaya . Celaka . Apasal aku cakap macam ni ni ?

********
Banyak benda masa aku sekolah rendah dulu-dulu yang aku dah lama tak buat . Teringat pulak kenangan kat sekolah . Kenangan terjatuh tangga , kena rotan cikgu , and main batu sambut . Dan tak lupa jugak tercium budak laki . Oke yang tu tipu . Jangan percaya itu semua dusta semata-mata .
 
Hampa ingat dak masa hampa kecik-kecik dulu , mesti akan ada budak dalam kelas bawak botoi air yang kena tekan pastu terbukak . Dulu time kecik-kecik aku memang fanatic gila ngan botoi tuu . Boley nganjing sikit ngan sapa yang takdak . Kahkahkah . Bila aku ingat balik nampak comel pulak . Hat yang taktaw tu , tengok gambaq kat bawah ni .

Lepastu , kalau cikgu tak masuk dalam kelas , mesti aku ngan kawan-kawan aku main game pemadam .  Pemadam sapa duk atas pemadam orang lain dia menang . Budak lelaki kelas aku suka kumpul pemadam banyak-banyak . Orang dulu-dulu pakai pemadam biasa ja . Ada kartun atas pemadam tu . Satu dua kupang . Sekarang ni orang pakai pemadam stabilo jaa --'




Kalau bab pembaris pulak , budak-budak laki suka pakai pembaris yang ada lubang tengah-tengah tu . Harga dua kupang kut . Aku pun pakai pembaris tu jugak . Satu benda aku cukup tak suka pasal pembaris ni sebab dia senang patah . Cukup senang patah . Kalau aku nampak pembaris aku patah , memang menyirap aku cari sapa punya keja .
 
Yang perempuan pulak mesti pembaris dia ada gigi kat bawah . And ada kanta kat atas tuh . Mungkin orang yang jual tu nak suruh kami cari semut kut ? Pastu ada bola dalam pembaris tu . Kiranya macam boley main-main laa time tengah boring kat sekolah . Oh Perh-lis. Aku memang sentiasa boring kat sekolah .
 
Kalau bab kotak pensel , aku pakai yang biasa-biasa ja . Masa aku darjah satu , ramai gila yang beli kotak pensil yang bertingkat-tingkat tu . Timbul satu perasaan iri hati didalam diriku . Aku dapat merasakan nafsuku kian meloncak-loncak minta dipenuhkan . Kejap , dah kenapa aku cakap macam nak rogol orang ni ? Ok sambung . Aku sebagai budak kecik yang masih beringus masa tu mula la rasa tercabar sebab depa semua ada kotak pensil yang style-style . Menangis-nangis aku minta kat ayah aku suh belikan aku satu .
 
Last-last ayah aku beli kotak pensil yang boley bukak depan belakang tu . Hukhukhuk . Walaupun kat tepi tu dah ada kemudahan sharpener , tapi aku tetap nak jugak letak sharpener dalam tu . Menyemakkan . Bila aku ingat balik , sumpah bodoh . Kotak pensil ni kira lejen ah dulu . Sapa yang ada tu kira boley nganjing la . Tapi aku baik . Setakat tayang-tayang ni apa barang . Sapa yang ada kotak pensil tingkat-tingkat ni aku cabut skru yang ada kat tepi tu . Kira kotak pensil aku la yang style . See ? baik kan aku ? Ya aku tahu aku memang baik .
 
Dulu masa aku kecik-kecik , ada dua gam yang aku penah nampak . Tapi sekarang ni susah nak jumpak . Kira rare item ah cita dia . Sapa yang lahir tahun 90 ke bawah taw la gam ni gam apa . Ada dua jenis gam . Yang satu tu bentuk dia macam pisang kut . Tapi aku panggil dia gam hingus . Sebab dia melekit-lekit and kaler dia macam kaler hingus . HAHAHA . Gam yang lagi satu pulak , dia ada bagi sudu satu . sebab gam ni kena calik kat sudu pastu baru calik kat kertas . Dua-dua gam ni memang aku jarang nampak dah . Bukan jarang , tapi memang tak nampak dah pun . Pupus dah maybe ?
Ada satu lagi tabiat budak dulu-dulu kalau cikgu tak masuk . You know kan apa jadi kalau cikgu tak masuk ? Yeahhhh paarrtyyyy ! Hell no . Banyak la hampa punya party . Cikgu selalu hantaq wakil kelas sama ada pengawas ataupun ketua darjah . Time tu mula laa semua pakat nganjing buat bising macam cilake . And dulu , mesti depa akan tulis nama sapa yang bising kat papan hitam . Buat huruf T besar , pastu tulis laki pompuan . Paham ? Ok aku taw hampa tak paham . Tengok gambaq kat bawah ni habis cerita .
 
 
Jadi ketua yang jaga kelas ni pun dengan bendulnya tulis nama sapa yang bising . Pastu wajib ada "x1" mewakili satu kali . Tu takpa lagi , ada yang lagi bangang pegi tulis "x100" dengan harapan kami akan dirotan 100 kali . Wahh kalau betul time tu depa kena rotan 100 kali , aku rasa kudung dah kut sekarang ni . Tapi sekarang ni aku taktaw buat lagi ke tak .
 
Masa sekolah rendah , cikgu tak pakai dimerit ni semua . Sapa salah terus kena rotan . Dah la yang tukang rotan tu cikgu KH . Dalam sekolah ni ada dua taiko kat sekolah . Cikgu disiplin and cikgu Kh . Cilake betul . Aku dulu cukup takut ngan cikgu Kh . Dia punya rotan kalau kena , kebas tak terhingga . Aku pernah kena bedal kat bontot dulu , bengkak seminggu ! Takdelah , acah je .  Tiap kali kalau aku nampak cikgu Kh mesti lutut aku lembik . Punya takut aku habaq .
 
 
Ok lah . Aku tak larat nak taip panjang-panjang . Ada banyak lagi benda aku nak cakap  tapi malas . Maklumlah budak candidate cikgu kata .
 

 
Btw masa aku sekolah rendah benda kat atas ni cukup femes dulu . Sapa pernah kena ?


Thursday 6 June 2013

Surat for my Ex-boyfriend .



Assalamualaikum .

Dear ex boyfriend ,

Bie , you apa khabar ? I harap you sihat . Kaki you dah baik dah ke? Maaf ler haritu I suruh abang angkat I pukul you pakai baseball bat .  Hidung you berdarah lagi eyh ? Masa abang I pukul you tu , I memang sengaja sengaja pegi pukul batang hidung you dengan baseball bat pun . I harap you tak marah .

Bie , you ni memang celake kan ? Masa I betul-betul deeply in love dengan you , you boleh cakap you ada perempuan lain . You tak kesian ke dengan I ? You cakap you couple dengan I sebab you simpati tengok I takde boyfriend . You cakap you nak I bahagia . Bahagia amenda you ? You main-mainkan I , then you cakap you nak I bahagia ? Owh shit ! You ingat you sorang je ke laki yang boleh bahagia kan I ??? You sengaja biarkan I tenggelam dengan janji-janji manis you kan ? Memang patut pun I suruh abang I pukul you sampai separuh mati . HAHA !

Bie , I ni memang marah sangat tau kat you . Ikutkan hati I nie , nak je I tendang celah kelangkang you . Tapi nanti tak comel pulak kalau I tendang you kat tempat sensitip tu . Yang I tak puas hatinya , ade ke patut you couple dengan musuh I ? Owhh shitt shitt ! Itu kalau dia tak datang serang I , mesti I tak tahu pasal you dengan dia . Hebat kan you ni ? Two girls in one time . Agaknya I ni memang buta kut sebab tak nampak lakonan you selama ni .


Dear Bie ,

You ingat I hadap sangat ke dengan kasih sayang you tu ? I ni betul-betul tak sangka you sanggup tikam I dari belakang bila I dah betul-betul sayangkan you . Dulu you beria-ria minta couple dengan I , sekarang you mainkan I pulak . Ehh apa bangsat sangat perangai you nih ?! You tu dah lah tak handsome . Tapi I terima you jugak sebab you nampak macam ikhlas (kononnya ikhlas!) nak kawan dengan I . Tapi I tak tahulah pulak 'ikhlas' you tu ada makna ! My goddd , kenapa I boleh kenal manusia lakhnat macam you ni ?

Yang si girlfriend you pulak . Patutlah kalau I lalu depan kelas dia , dia menganjing macan anjing . Rupa-rupanya I bermadu dengan dia selama ni .  Ape laa taste you ni bie ? Nak cakap lawa , makcik jual nasi lemak depan rumah I berganda-ganda lagi lawanya . Seksi ? Owh owh , dia kan pakai baju adik dia . Takda duit beli baju baru maybe ? Euwwww~ Bie , you kasi tahu awek you (aka musuh I ) I pun tak terhingin ler nak bermadu dengan dia . Silap-silap haribulan boleh sawan I kalau kena bermadu dengan manusia shilakeee macam dia .

Bie , terima kasih lah sebab you sanggup bertahan ngan I walaupun I pernah pecahkan I-pad kesayangan you (memang I sengaja pecahkan pun) . I geram taw tak dengan you . Haritu you boleh lupa nak jumpa I dekat Jusco sebab you pergi dating dengan girlfriend you lagi satu tu . Whatt the ? phuiii ! You cakap mak you tetibe semput . Padahal haritu you cakap mak you balik kampung . Nak tipu I pun jangan lah guna mak you . I pun tak tahulah sejak bila u jadi bangang sampai macam ni . You taw tak I terpacak depan jusco tu 3 jam . You , kalau nak date dengan awek lain pun , jangan lah berjanji nak date dengan I ! Lain kali pikir guna kepala otak . You pikir guna apa ? Guna kepala lutut eyh ?

 
I harap satu hari nanti you akan kena balik macam yang you buat kat I . And bie , tima kasih jugak lah sebab you bahagiakan I selama kita bercinta . Sekurang-kurangnya I tahu pengalaman pahit manis bercinta ni . Walaupun pengalaman yang you bagi kat I ni macam shilakeee ! Owh godddd , WHYY ??  Tapi I lega sebab I dah tahu pasal penipuan you ni . And for you bie , you taw tak you lah manusia paling bongok I pernah jumpa . You jangan sesekali muncul depan I lagi . Kalau you berani muncul jugak , I akan make sure you mandul selamanya . Dan tolong warning awek you yang muke macam makcik tu . Dia bahan I lagi , I akan pastikan dia balik rumah naik moto satu tayar .

I harap you bahagia sampai neraka .
Adios , g mampos !

Post nih di-inspirasikan oleh beberapa blog lain (tak ingat dah sapa)


Friday 17 May 2013

The broken part about us

What I know about love is..


First time..

So I try to be your friend .. And I ask you..



And you said to me..
  

But ..


I got heartbroken and..


Sometimes I also think that.. 

 


 But.. the things about love that I know is..


And..When i'm thinking about you.. 
 


Untill now..I still wait for your love..





Wednesday 15 May 2013

Pesanan Future Husband ♥



Assalamualaikum and hye for all .

Ahh.. Pagi yang indah . Aku keluar untuk menghirup udara segar . Nyaman sungguh di kampong tok ni ! Aku membawa henfon dan menggalas di leher . 'kan best kalau ada suami ! Boleh temankan aku pagi - pagi' Detik hatiku . Telefon bimbitku yang tadinya sunyi kini bergema mengikut nada Teen top - Be ma girls . Aku lihat - lihat . nombor tak dikenali ! Ahh malas lah nak jawab .

Aku ignorekan saja panggilan tu . Telefon berbunyi lagi . Aduhh sapa pula yang call pagi pagi ni ? Dah buang tabiat ke ? Sekali lagi telefon berbunyi . Ahh bising laa ringtone ni. Nak feeling udara segar pun tak boleh . Terus aku silentkan phone . Puas hati ! Hahah . Hahah . Tiba tiba mesej masuk .



'sayang ! angkatlah call I . Dah penat dah ni tekan tekan nombor you !'
 Ish.. sapa pula ni ? bersayang sayang dengan aku pula ! Nombor yang sama menelefon lagi . Lantas aku menjawab . Kedengaran suara lelaki memberi salam .
"Assalamualaikum sayang.."
"hah ? Sayang ? Ni bukan sayang awak lahh.. Ni Ain!" Aku menjawab dengan hairan berbaur geram . Sedap hati kau aje panggil aku sayang .

"Ya betullah I nak call you . I panggil you sayang sebab nanti future , You akan jadi isteri I . " Hah ? isteri ? bile mase aku kahwin ni ? ape bende die ni merapu ni ?
"Hmm ? Awak ni siapa ya ? Mane dapat nomber saya ? Kenapa call saya ni ? Pagi - pagi buta pula tu ! " Bertubi - tubi aku menyoal .
"Woa-woa..Sayang , Slow down please ! You ni tak ubah ubah lagi kan ? Nak pegi mane yang kalut sangat becakap tu ?  Cakap tu nak laju aje kan ? Cubit hidung baru tahu " Dia ketawa kecil di talian . Aku terdiam . Terasa sebenarnya .
"Awak tahu semua pasal saye ke ? Awak sekarang ada dekat mana ? Boleh ke call saye ni ?" Aku bertanya lagi . Macam orang bodoh saja rasanya asyik bertanya saja mulut ni . Ishh !
" Okay - okay I jelaskan . At first, I ni future husband you a.k.a your baby . haha.. You mungkin akan cakap I gila . Tapi I memang future husband you .You , I ada pesanan sikit untuk you ."
"awak nak cakap apa ? " Hah ! bertanya lagi . Mulut - mulut.. Nanti mesti dia fikir aku ni reti bertanya saja .
"I nak bagi tahu you ni . I harap you dengar sebaik- baiknya . At first , I nak minta maaf sebab ganggu you pagi-pagi buta ni . Tapi , nasib baik you bangun awal harini ! Lega hati I . haha.. Nanti bila kita dah kahwin , I harap you boleh bangun awal , sediakan makan minum I , Gosokkan baju I . I nak you jadi isteri mithali . I harap you dah praktiskan semua tu masa you still muda ni " Dia berkata kata tenang , tetapi tegas .
Aku mendengar dengan tekun . " yang kedua ?" aku bertanya lagi .
" Yang kedua , I taknak you bersosial sangat . You tahu kan mulut tempayan boleh ditutup , mulut orang ? Mana boleh ditutup sayang.. I nak you kurangkan keluar rumah .. Tak keluar pun tak apa ! Takdalah kulit you gelap nanti .. Lepastuhh membebel aje . Sudahlahh cakap macam kereta api . Takde brek ke hah ? " Dia ketawa lagi . Haishh.. 'kau dah laa kacau aku , kutuk pula tu!' bisik aku dalam hati .
" Eh , kat future nanti saya tetap cakap laju ke ? "

" Iye sayang..you tak ubah macam sekarang ni..comel ! And pesanan I yang terakhir buat you, yang menentukan di mana I dan you ditempatkan selepas ajal menjemput , Sama ada syurga atau neraka , sama ada siksa atau bahagia , sama ada sorang atau berdua , I harap you bertudung . I tahu you bertudung sekarang ni . Cuma you still tak yakin . kan my darling ?" Ahh , banyak betul dia tahu pasal aku !
" Kalau boleh biarlah aurat you tu I sorang saja boleh tengok . I taknak orang lain tatap isteri I . Kalau macam tu , then apa function I sebagai suami you , my dear ? I nak you jadi isteri yang solehah .Taat pada suami . Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki seorang suami , you tahu tentang tu kan ? Jadi bertudunglah.. I taknak kita disiksa nanti.." ujarnya sebak .
"You , akhir kata dari I , I sayangkan you . I harap you pun macam tu . I terima seadanya you . I terima segala kekurangan you , I akan sayangkan you walau apa pun yang terjadi . You know what , kalau Allah dah tetapkan sesuatu tu untuk kita , walau sesusah mana pun , walau sejauh mana pun , walau seluruh isi bumi cuba menghalang , kalau itu milik kita ia tetap milik kita . Tapi kalau sesuatu itu bukan untuk kita , walau sesenang mna pun , sedekat mna pun ia , Walau seluruh isi bumi cuba menyokong kita , tapi kalau bukan , maka bukanlah untuk kita"
Aku yang dari tadi berdiam diri . Akhirnya berkata - kata . "Awak .. saya tahu awak orang yang baik..saya tahu awak mampu bimbing saya.."

"I will try my dear.. You ! I've got to go now . Boss I cari I nie . Get ready ya sayang.. Dalam masa tujuh tahun kita akan berjumpa . Goodbye awak ! Jaga diri baik - baik taw . Nice to have a chat with you , my future wife . Bye.. Assalamualaikum ."

"Walaikumussalam awak.. awak pun jaga diri juga.."

Lantas talian dimatikan .


home