awak orang yg ke ----->

Saturday 11 June 2016

Dorm KMPP ! ♥

Assalamualaikum.

So guys, dngan result SPM aku yang tak seberapa, alhamdulillah aku ditawarkan rezeki untuk sambung pengajian di Matrik. Please don't ever ask me aku dapat berapa doh. Sebab kau pun akan persoalkan 'apahal ler minah ni boley dapat sana' sebijik sejiban (lol ayat ni wujud ke -,-) macam aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Takpe, anggap je rezeki. Huhu.

Aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang. Dari rumah aku tak jauh mana pun, area Kepala Batas je. Around 23-30 km i think? Alah kira dekat la sekangkang kera ja pun. Sendawa pun boleh dengar. Bersin pun boleh terkezuttt. Batuk pun boleh berdeseingggg nyahh. Amboi punya nak cakap dekat. Bila abah suruh balik rumah jalan kaki tak mau pulak. Gebang je lebih uolsss.

Seminggu sebelum nak daftar tu aku punyalah gigih mengoogle pasal KMPP ni. Ouhh ya KMPP stand for Kolej Marikulasi Pulau Pinang ya. Sila lah take note bahawa aku ini pemalas orangnya. Kalau nak aku eja seketul-seketul memang aku sumpah jadi katak (tetiba katak) Okay sambung cerita. Majority aku google sebab nak tahu bilik dia macam mana. <---- Budak ni tak pernah duduk asrama. Tsk tsk.

Setelah puas 'merogol' google (rogol sound so wrong but idc) aku still tak dapat gambaran bilik dia macam mana T_T Result yang ditunjukkan sangat sikit weyhhhh. Tak banyakkkk pun yang share bilik diorang cemana T^T Kurang asam. Masa tu aku dah bernazar (ceyhh!) aku nak bantu bakal penduduk kmppian menyelesaikan kekeliruan yang mereka hadapi akibat ditindas oleh senior-senior mereka. Disebabkan hal ni lah aku tak boleh tidur. Inner peace is so important you know. Nampak tak aku cuba membuktikan bahawa aku sedang ditindas tanpa sedar? XD  Say yes say yes cause I need to know.

Aku stay dekat blok B2. T4. bilik dirahsiakan. Hehe. Mana tahu kut ada yang tak puas hati ngan aku. Kang dia buat naya masuk bilik aku mampos aku kena hentak. setiap dorm akan ada 4 penghuni. Untuk setiap penghuni akan disediakan sebijik katil, almari, meja dan kerusi. Nak tengok? Ayuh kita selongkarrrrrr




Ni masa tak beli lagi tikar. Punyalah kosong kalau takda tikar.

 Masa masuk tu jangan tersakit jantung. Dinding memang comot nak arwah.

Penyidai tuala aku punya dah patah wehh T_T Terpaksa redha gantung tuala dekat pintu lemari


Meja tu akak senior yang balut. Aku syak beliau memang sukakan pembalut kertas.


 Ini pulak dalam almari. Dia punya aras tu aku main bedai je apa benda nak letak. Sekali pinggan cawan suma ada.



Lols aku still wonder apasal aku tangkap gambar ni. Btw dari cara susun ni, nak tinggal terus sini ke cemana -,-

Memandangkan aku tingkat 4 punyalah tinggi nak mampos  view nya pun cantik-cantik belaka. Cuma disebabkan kekangan masa yang dihadapi, aku serta roomate tak dapat nak menikmati keindahan KMPP nih.. <--- Alasan weh alasan !

Jadi meh sini aku tunjukkan. 



Cantik kan kan kan? 

Okay sekian. Itu sahaja dari saya ^_^ Doakan saya berjaya gaiss. 
Insyaallah kita sama-sama berjaya 


Monday 30 May 2016

sakai



Di malam yang dingin ini, aku melihat keluar jendela. Angin yang nyaman meniup sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahku. Malam yang gelap pekat aku renungi. Tampak seperti bakal hujan lagi malam ini. Aku berfikiran sendiri. Dan pada waktu ini, sesungguhnya aku menyampah dengan diriku sendiri. Rasa seperti mahu bagi pelempang bertubi-tubi ke wajah comel ku ini .Dikala aku taip entry ini, tahulah anda bahawa aku sedang kecewa, keciwa, kaciwaaaaa yang amat.

Kenapa? Mengapa? Aku buntu.. buntu dalam mencari solusinya. Aku buntu dalam cuba merungkai segala misteri ini. Sudah puas aku cuba, namun kesudahannya tetap sama, mengecewakan . Apakah tidak ada sekelumit pun kebahagiaan buat diriku ini? Apakah aku memang tidak layak mendapat walau sedikit pun sinar cahaya?

Eh sekejap. Kenapa aku jadi begini?
Kenapa aku menaip dengan bahasa baku dan puitis ni  Apa dah jadi dengan diriku ini? Apakah aku begitu kecewa sehingga aku kehilangan sifat warasku? Damn !! *tetibe*

Aku.. aku pasrah. Aku serahkan segalanya kepada Dia. Sesungguhnya dia adalah perancang yang terbaik..

Maka dengan itu, tamatlah kisah aku malam ini.

P/s: kenapa aku jadi macam ni? Sebab aku dari tadi fail test komputer. Bayangkan 4 kali try 4 kali fail wehhhT_T dah la test tu esok  

Monday 23 May 2016

Jom Kerja Di Pizza Hut !

Assalamualaikum guys. Lama gila tak main blog. Like seriously, lama gilaaaaaaaaaaaa tak main blog since 2 to 3 years ago i think? I don't know why i felt so busy for the past year sedangkan aku rasa aku hanya berfoya-foya di rumah  dan tak buat apa-apa melainkan catch up dngn anime naruto. Huhu naruto is life guys. NARUTO IS MY LIFE even banyak filler. Sob sob sob.

*Cantikkan mata dia? Kalau aku tiru ni mesti nampak macam mata aku baru lepas kena belasah.

Okay fine ketepikan Naruto. Naruto tak bayar aku pun untuk promot mata dia. Sekarang aku dibayar oleh pizza hut, muahahahah at least for the past few month. So boleh nampak tak apa yang aku cuba sampaikan disini? Boleh tak boleh tak? Ughh annoying sia si Ain nih. Yess darl, aku adalah staff kuli batak pizza hut yg telah diupah oleh pizza hut untuk mencari pekerja di pizza hut. Aku tahu semak sangat taip pizza hut bebanyak kali, tapi jangan risau, memang niat aku nak bagi rasa semak pun. Muahahaha! *Gelak jahat*

Since aku habis last paper spm itu hari, terus aku pergi cari kerja area Auto city (orang Bukit Minyak tahu la kot) since dekat situ restaurant memang bersepah gila. KFC? Subway? Seoul Garden , Nandos Starbuck Manhattan and etc, halal or not, u name it, everythings is in there. Banner jawatan kosong tu dah macam perhiasan dah atas each restoran. Dengan erti kata lain Auto City adalah jalan paling singkat dan mudah untuk cari kerja isi masa lapang selepas habis zaman persekolahan sementara tunggu result keluar. Cewahh ayat ! Semput aku baca saiton.
*Starbucks, Iceice baby, Nandos, and on top of it is cuisine Tau/Tao . Masih taktahu Tau or Tao. lol
Jangan tanya mana pizzahut sebab nandos berada betul-betul berhadapan dengan pizzahut.


Tapi kan guys, pedulikan kedai lain. Kita cerita pasal kedai aku je k. *kedai aku hotak kau*. kalau ada sesiapa yang nak cari kerja tu, datang lah pizza hut. Kita nak pakai staff .

*Waiter/waitress  
*Kitchen staff. 

Cakap je kenal Ain SarangHae , then u'll be hire immediately like i konfom seratus peratus u akan dapat kerja! Berani kerat kuku la weiii. Hukhuk.

  **Tawaran ini hanya available di Pizza Hut Auto City** 

Alah bukan susah mana pun kerja kedai makan ni. You just ambil order, then serve their food je. When they need something, they WILL ask you. Thats it. Easy as kacang pie kan? Aku sangatlah tak faham kenapa orang cakap kerja di restaurant ni susah. And kenapa eh orang selalu ingat kerja di restaurant ni busy memanjang? Atau dengan bahasa melayunya, tak menang tangan. Lols hello guysssss. Sepanjang aku kerja sana, aku boleh kira dengan jari tangan aku ni je berapa banyak hari busy. Tak payah kira guna jari kaki ke apa, tangan is enough. Means hari busy sangatlah tak banyak. Most of the time lenggang je kut. Customer cuma dua-tiga table.



*Gini ke imaginasi u orang?

 Jangan risau, kerja sangatlah simple. And manager bukan letak awak sorang-sorang dalam kedai tu. Akan ada staff lain sama. Ouh btw kerja servis just serve air and sup je . The rest kitchen akan handle dekat belakang. Bila food dah ready, awak just deliver them to the customer. Easy righttttttttttt?

Psst :/ Sorry aku asyik cerita pasal servis, tak banyak cerita pasal kitchen. Sebab apa? Sebab aku terang lagi bersuluh orang servis. HAHAHA

Hah tu duk mereput apa lagi tu ? Pergilah kerja cepat! Pemalaih sungguh hang ni.

Nah no fon 0192371394 . 

Apa-apa drop ur comment ok. Tak pun personal dm me. Atau boleh direct kol nom tuh untuk more info. Ini bukan no personal siapa-siapa k, ini nombor pizza hut. Dan jika kau mengharap nombor ini ada whatsapp, kau jangan berangan. Kenapa? Sebab aku yang suruh jangan berangan. Muahahaha!

home