awak orang yg ke ----->

Saturday 11 June 2016

Dorm KMPP ! ♥

Assalamualaikum.

So guys, dngan result SPM aku yang tak seberapa, alhamdulillah aku ditawarkan rezeki untuk sambung pengajian di Matrik. Please don't ever ask me aku dapat berapa doh. Sebab kau pun akan persoalkan 'apahal ler minah ni boley dapat sana' sebijik sejiban (lol ayat ni wujud ke -,-) macam aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Takpe, anggap je rezeki. Huhu.

Aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang. Dari rumah aku tak jauh mana pun, area Kepala Batas je. Around 23-30 km i think? Alah kira dekat la sekangkang kera ja pun. Sendawa pun boleh dengar. Bersin pun boleh terkezuttt. Batuk pun boleh berdeseingggg nyahh. Amboi punya nak cakap dekat. Bila abah suruh balik rumah jalan kaki tak mau pulak. Gebang je lebih uolsss.

Seminggu sebelum nak daftar tu aku punyalah gigih mengoogle pasal KMPP ni. Ouhh ya KMPP stand for Kolej Marikulasi Pulau Pinang ya. Sila lah take note bahawa aku ini pemalas orangnya. Kalau nak aku eja seketul-seketul memang aku sumpah jadi katak (tetiba katak) Okay sambung cerita. Majority aku google sebab nak tahu bilik dia macam mana. <---- Budak ni tak pernah duduk asrama. Tsk tsk.

Setelah puas 'merogol' google (rogol sound so wrong but idc) aku still tak dapat gambaran bilik dia macam mana T_T Result yang ditunjukkan sangat sikit weyhhhh. Tak banyakkkk pun yang share bilik diorang cemana T^T Kurang asam. Masa tu aku dah bernazar (ceyhh!) aku nak bantu bakal penduduk kmppian menyelesaikan kekeliruan yang mereka hadapi akibat ditindas oleh senior-senior mereka. Disebabkan hal ni lah aku tak boleh tidur. Inner peace is so important you know. Nampak tak aku cuba membuktikan bahawa aku sedang ditindas tanpa sedar? XD  Say yes say yes cause I need to know.

Aku stay dekat blok B2. T4. bilik dirahsiakan. Hehe. Mana tahu kut ada yang tak puas hati ngan aku. Kang dia buat naya masuk bilik aku mampos aku kena hentak. setiap dorm akan ada 4 penghuni. Untuk setiap penghuni akan disediakan sebijik katil, almari, meja dan kerusi. Nak tengok? Ayuh kita selongkarrrrrr




Ni masa tak beli lagi tikar. Punyalah kosong kalau takda tikar.

 Masa masuk tu jangan tersakit jantung. Dinding memang comot nak arwah.

Penyidai tuala aku punya dah patah wehh T_T Terpaksa redha gantung tuala dekat pintu lemari


Meja tu akak senior yang balut. Aku syak beliau memang sukakan pembalut kertas.


 Ini pulak dalam almari. Dia punya aras tu aku main bedai je apa benda nak letak. Sekali pinggan cawan suma ada.



Lols aku still wonder apasal aku tangkap gambar ni. Btw dari cara susun ni, nak tinggal terus sini ke cemana -,-

Memandangkan aku tingkat 4 punyalah tinggi nak mampos  view nya pun cantik-cantik belaka. Cuma disebabkan kekangan masa yang dihadapi, aku serta roomate tak dapat nak menikmati keindahan KMPP nih.. <--- Alasan weh alasan !

Jadi meh sini aku tunjukkan. 



Cantik kan kan kan? 

Okay sekian. Itu sahaja dari saya ^_^ Doakan saya berjaya gaiss. 
Insyaallah kita sama-sama berjaya 


0 curious people :

home