awak orang yg ke ----->

Monday 30 May 2016

sakai



Di malam yang dingin ini, aku melihat keluar jendela. Angin yang nyaman meniup sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahku. Malam yang gelap pekat aku renungi. Tampak seperti bakal hujan lagi malam ini. Aku berfikiran sendiri. Dan pada waktu ini, sesungguhnya aku menyampah dengan diriku sendiri. Rasa seperti mahu bagi pelempang bertubi-tubi ke wajah comel ku ini .Dikala aku taip entry ini, tahulah anda bahawa aku sedang kecewa, keciwa, kaciwaaaaa yang amat.

Kenapa? Mengapa? Aku buntu.. buntu dalam mencari solusinya. Aku buntu dalam cuba merungkai segala misteri ini. Sudah puas aku cuba, namun kesudahannya tetap sama, mengecewakan . Apakah tidak ada sekelumit pun kebahagiaan buat diriku ini? Apakah aku memang tidak layak mendapat walau sedikit pun sinar cahaya?

Eh sekejap. Kenapa aku jadi begini?
Kenapa aku menaip dengan bahasa baku dan puitis ni  Apa dah jadi dengan diriku ini? Apakah aku begitu kecewa sehingga aku kehilangan sifat warasku? Damn !! *tetibe*

Aku.. aku pasrah. Aku serahkan segalanya kepada Dia. Sesungguhnya dia adalah perancang yang terbaik..

Maka dengan itu, tamatlah kisah aku malam ini.

P/s: kenapa aku jadi macam ni? Sebab aku dari tadi fail test komputer. Bayangkan 4 kali try 4 kali fail wehhhT_T dah la test tu esok  

0 curious people :

home