awak orang yg ke ----->

Saturday 11 June 2016

Dorm KMPP ! ♥

Assalamualaikum.

So guys, dngan result SPM aku yang tak seberapa, alhamdulillah aku ditawarkan rezeki untuk sambung pengajian di Matrik. Please don't ever ask me aku dapat berapa doh. Sebab kau pun akan persoalkan 'apahal ler minah ni boley dapat sana' sebijik sejiban (lol ayat ni wujud ke -,-) macam aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Takpe, anggap je rezeki. Huhu.

Aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang. Dari rumah aku tak jauh mana pun, area Kepala Batas je. Around 23-30 km i think? Alah kira dekat la sekangkang kera ja pun. Sendawa pun boleh dengar. Bersin pun boleh terkezuttt. Batuk pun boleh berdeseingggg nyahh. Amboi punya nak cakap dekat. Bila abah suruh balik rumah jalan kaki tak mau pulak. Gebang je lebih uolsss.

Seminggu sebelum nak daftar tu aku punyalah gigih mengoogle pasal KMPP ni. Ouhh ya KMPP stand for Kolej Marikulasi Pulau Pinang ya. Sila lah take note bahawa aku ini pemalas orangnya. Kalau nak aku eja seketul-seketul memang aku sumpah jadi katak (tetiba katak) Okay sambung cerita. Majority aku google sebab nak tahu bilik dia macam mana. <---- Budak ni tak pernah duduk asrama. Tsk tsk.

Setelah puas 'merogol' google (rogol sound so wrong but idc) aku still tak dapat gambaran bilik dia macam mana T_T Result yang ditunjukkan sangat sikit weyhhhh. Tak banyakkkk pun yang share bilik diorang cemana T^T Kurang asam. Masa tu aku dah bernazar (ceyhh!) aku nak bantu bakal penduduk kmppian menyelesaikan kekeliruan yang mereka hadapi akibat ditindas oleh senior-senior mereka. Disebabkan hal ni lah aku tak boleh tidur. Inner peace is so important you know. Nampak tak aku cuba membuktikan bahawa aku sedang ditindas tanpa sedar? XD  Say yes say yes cause I need to know.

Aku stay dekat blok B2. T4. bilik dirahsiakan. Hehe. Mana tahu kut ada yang tak puas hati ngan aku. Kang dia buat naya masuk bilik aku mampos aku kena hentak. setiap dorm akan ada 4 penghuni. Untuk setiap penghuni akan disediakan sebijik katil, almari, meja dan kerusi. Nak tengok? Ayuh kita selongkarrrrrr




Ni masa tak beli lagi tikar. Punyalah kosong kalau takda tikar.

 Masa masuk tu jangan tersakit jantung. Dinding memang comot nak arwah.

Penyidai tuala aku punya dah patah wehh T_T Terpaksa redha gantung tuala dekat pintu lemari


Meja tu akak senior yang balut. Aku syak beliau memang sukakan pembalut kertas.


 Ini pulak dalam almari. Dia punya aras tu aku main bedai je apa benda nak letak. Sekali pinggan cawan suma ada.



Lols aku still wonder apasal aku tangkap gambar ni. Btw dari cara susun ni, nak tinggal terus sini ke cemana -,-

Memandangkan aku tingkat 4 punyalah tinggi nak mampos  view nya pun cantik-cantik belaka. Cuma disebabkan kekangan masa yang dihadapi, aku serta roomate tak dapat nak menikmati keindahan KMPP nih.. <--- Alasan weh alasan !

Jadi meh sini aku tunjukkan. 



Cantik kan kan kan? 

Okay sekian. Itu sahaja dari saya ^_^ Doakan saya berjaya gaiss. 
Insyaallah kita sama-sama berjaya 


Monday 30 May 2016

sakai



Di malam yang dingin ini, aku melihat keluar jendela. Angin yang nyaman meniup sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahku. Malam yang gelap pekat aku renungi. Tampak seperti bakal hujan lagi malam ini. Aku berfikiran sendiri. Dan pada waktu ini, sesungguhnya aku menyampah dengan diriku sendiri. Rasa seperti mahu bagi pelempang bertubi-tubi ke wajah comel ku ini .Dikala aku taip entry ini, tahulah anda bahawa aku sedang kecewa, keciwa, kaciwaaaaa yang amat.

Kenapa? Mengapa? Aku buntu.. buntu dalam mencari solusinya. Aku buntu dalam cuba merungkai segala misteri ini. Sudah puas aku cuba, namun kesudahannya tetap sama, mengecewakan . Apakah tidak ada sekelumit pun kebahagiaan buat diriku ini? Apakah aku memang tidak layak mendapat walau sedikit pun sinar cahaya?

Eh sekejap. Kenapa aku jadi begini?
Kenapa aku menaip dengan bahasa baku dan puitis ni  Apa dah jadi dengan diriku ini? Apakah aku begitu kecewa sehingga aku kehilangan sifat warasku? Damn !! *tetibe*

Aku.. aku pasrah. Aku serahkan segalanya kepada Dia. Sesungguhnya dia adalah perancang yang terbaik..

Maka dengan itu, tamatlah kisah aku malam ini.

P/s: kenapa aku jadi macam ni? Sebab aku dari tadi fail test komputer. Bayangkan 4 kali try 4 kali fail wehhhT_T dah la test tu esok  

Monday 23 May 2016

Jom Kerja Di Pizza Hut !

Assalamualaikum guys. Lama gila tak main blog. Like seriously, lama gilaaaaaaaaaaaa tak main blog since 2 to 3 years ago i think? I don't know why i felt so busy for the past year sedangkan aku rasa aku hanya berfoya-foya di rumah  dan tak buat apa-apa melainkan catch up dngn anime naruto. Huhu naruto is life guys. NARUTO IS MY LIFE even banyak filler. Sob sob sob.

*Cantikkan mata dia? Kalau aku tiru ni mesti nampak macam mata aku baru lepas kena belasah.

Okay fine ketepikan Naruto. Naruto tak bayar aku pun untuk promot mata dia. Sekarang aku dibayar oleh pizza hut, muahahahah at least for the past few month. So boleh nampak tak apa yang aku cuba sampaikan disini? Boleh tak boleh tak? Ughh annoying sia si Ain nih. Yess darl, aku adalah staff kuli batak pizza hut yg telah diupah oleh pizza hut untuk mencari pekerja di pizza hut. Aku tahu semak sangat taip pizza hut bebanyak kali, tapi jangan risau, memang niat aku nak bagi rasa semak pun. Muahahaha! *Gelak jahat*

Since aku habis last paper spm itu hari, terus aku pergi cari kerja area Auto city (orang Bukit Minyak tahu la kot) since dekat situ restaurant memang bersepah gila. KFC? Subway? Seoul Garden , Nandos Starbuck Manhattan and etc, halal or not, u name it, everythings is in there. Banner jawatan kosong tu dah macam perhiasan dah atas each restoran. Dengan erti kata lain Auto City adalah jalan paling singkat dan mudah untuk cari kerja isi masa lapang selepas habis zaman persekolahan sementara tunggu result keluar. Cewahh ayat ! Semput aku baca saiton.
*Starbucks, Iceice baby, Nandos, and on top of it is cuisine Tau/Tao . Masih taktahu Tau or Tao. lol
Jangan tanya mana pizzahut sebab nandos berada betul-betul berhadapan dengan pizzahut.


Tapi kan guys, pedulikan kedai lain. Kita cerita pasal kedai aku je k. *kedai aku hotak kau*. kalau ada sesiapa yang nak cari kerja tu, datang lah pizza hut. Kita nak pakai staff .

*Waiter/waitress  
*Kitchen staff. 

Cakap je kenal Ain SarangHae , then u'll be hire immediately like i konfom seratus peratus u akan dapat kerja! Berani kerat kuku la weiii. Hukhuk.

  **Tawaran ini hanya available di Pizza Hut Auto City** 

Alah bukan susah mana pun kerja kedai makan ni. You just ambil order, then serve their food je. When they need something, they WILL ask you. Thats it. Easy as kacang pie kan? Aku sangatlah tak faham kenapa orang cakap kerja di restaurant ni susah. And kenapa eh orang selalu ingat kerja di restaurant ni busy memanjang? Atau dengan bahasa melayunya, tak menang tangan. Lols hello guysssss. Sepanjang aku kerja sana, aku boleh kira dengan jari tangan aku ni je berapa banyak hari busy. Tak payah kira guna jari kaki ke apa, tangan is enough. Means hari busy sangatlah tak banyak. Most of the time lenggang je kut. Customer cuma dua-tiga table.



*Gini ke imaginasi u orang?

 Jangan risau, kerja sangatlah simple. And manager bukan letak awak sorang-sorang dalam kedai tu. Akan ada staff lain sama. Ouh btw kerja servis just serve air and sup je . The rest kitchen akan handle dekat belakang. Bila food dah ready, awak just deliver them to the customer. Easy righttttttttttt?

Psst :/ Sorry aku asyik cerita pasal servis, tak banyak cerita pasal kitchen. Sebab apa? Sebab aku terang lagi bersuluh orang servis. HAHAHA

Hah tu duk mereput apa lagi tu ? Pergilah kerja cepat! Pemalaih sungguh hang ni.

Nah no fon 0192371394 . 

Apa-apa drop ur comment ok. Tak pun personal dm me. Atau boleh direct kol nom tuh untuk more info. Ini bukan no personal siapa-siapa k, ini nombor pizza hut. Dan jika kau mengharap nombor ini ada whatsapp, kau jangan berangan. Kenapa? Sebab aku yang suruh jangan berangan. Muahahaha!

Friday 21 March 2014

Jerawat manja

Assalamualaikum harini aku rasa macam nak tonyoh ja muka aku kat jalan tar. >< Aku taktawlah apa masalah cik jerawat yang comei nih. Tahulah comei, takyahlah timbul banyak kali kat muka aku ! --"


 
Aku yang baju biru tu. Masa ni last tahun 2012.
 
Pipi aku kalau nak diceritakan takdalah teruk mana pun jerawatnya. Tapi kalau dah daripada pipi bersih tetiba ada sekampung jerawat mai berkunjung, gila tak terkejut -_- 

Masa mula-mula tu dahi aku cuma ada Ruam ja. Ruam saja okay! And benda tu taknampak pun pasal warna dia warna kulit bukan warna Merah. Pasal apa yang aku naik jerawat kat pipi ni? itu yang aku bengang! Ni semua pasal ex puaka aku Menghasut aku suh picit segala ruam ni.

Tapi aku tak picit pun. Aku search la kat google cara cara nak ilangkan jerawat ni. Sapa tak tercabar kalau dah rata rata duk suh aku picit muka aku. Ingat tak sakit kut. Aku picit muka depa baru depa taw.

Search punya search jumpa pun. Dalam banyak2 petua aku Pilih ubat gigi. Pasal ubat gigi aku takyah g kedai beli. Dalam umah dah ada. Hikhik. Mula mula pakai okay La hilang. Pastu timbul seketul Jerawat kat pipi. Kuangsam punya ubat gigi. Ruam dia bagi ilang, dia bagi naik jerawat pulak. Middle f btoi la.

Aku stop pkai ubat gigi. Aku guna bawang putih pulak. Yang ni lagi sial. Terbakar abis muka aku! Seminggu aku tak kuar umah, balik kampung pun tak. Menangis aku masa mak paksa aku balik kampung jumpa tok. Muka jadi melecur apa entah. Sejak daripada tu memang aku rasa macam nak maki ja sapa yang suh aku pakai bawang putih ni. Lingkup abis kulit aku!

Sekarang ni aku minum air putih ja. Bapa liter pun aku taktau. Yang aku tau banyak gak ah. So far okay la muka aku cerah sikit. Jerawat takdalah keluar kan. Sebulan tu bapa kali ja. Tapi yang tak best nya aku ad parut kat pipi. Parut jerawat tu pulak kaler merah. Bertompok tompok ada. Habis semua ingat aku ada belambak jerawat. Padahal Tu parut si jerawat bertauliah tu yang tinggalkan.

Anyone ad ap2 suggestion? Untuk hilangkan parut jerawat saya ni? :/
 


Saturday 15 June 2013

Zaman sekolah rendah dulu-dulu .

Assalamualaikum . Tadi aku tengah kemas-kemas bilik aku . Dan aku terjumpak tikus dalam bilik aku . Homaigodd !! Oke acah je . Aku jumpa barang aku masa aku darjah satu dulu-dulu . Aku rasa macam teringat balik masa aku kecik-kecik dulu kat sekolah . Bohong yang amat jikalau aku memberitahumu aku tidak merindui zaman sekolah aku itu. Tapi apa kan daya , usia ku semakin tua . Aku harus kedepan untuk sentiasa berjaya . Celaka . Apasal aku cakap macam ni ni ?

********
Banyak benda masa aku sekolah rendah dulu-dulu yang aku dah lama tak buat . Teringat pulak kenangan kat sekolah . Kenangan terjatuh tangga , kena rotan cikgu , and main batu sambut . Dan tak lupa jugak tercium budak laki . Oke yang tu tipu . Jangan percaya itu semua dusta semata-mata .
 
Hampa ingat dak masa hampa kecik-kecik dulu , mesti akan ada budak dalam kelas bawak botoi air yang kena tekan pastu terbukak . Dulu time kecik-kecik aku memang fanatic gila ngan botoi tuu . Boley nganjing sikit ngan sapa yang takdak . Kahkahkah . Bila aku ingat balik nampak comel pulak . Hat yang taktaw tu , tengok gambaq kat bawah ni .

Lepastu , kalau cikgu tak masuk dalam kelas , mesti aku ngan kawan-kawan aku main game pemadam .  Pemadam sapa duk atas pemadam orang lain dia menang . Budak lelaki kelas aku suka kumpul pemadam banyak-banyak . Orang dulu-dulu pakai pemadam biasa ja . Ada kartun atas pemadam tu . Satu dua kupang . Sekarang ni orang pakai pemadam stabilo jaa --'




Kalau bab pembaris pulak , budak-budak laki suka pakai pembaris yang ada lubang tengah-tengah tu . Harga dua kupang kut . Aku pun pakai pembaris tu jugak . Satu benda aku cukup tak suka pasal pembaris ni sebab dia senang patah . Cukup senang patah . Kalau aku nampak pembaris aku patah , memang menyirap aku cari sapa punya keja .
 
Yang perempuan pulak mesti pembaris dia ada gigi kat bawah . And ada kanta kat atas tuh . Mungkin orang yang jual tu nak suruh kami cari semut kut ? Pastu ada bola dalam pembaris tu . Kiranya macam boley main-main laa time tengah boring kat sekolah . Oh Perh-lis. Aku memang sentiasa boring kat sekolah .
 
Kalau bab kotak pensel , aku pakai yang biasa-biasa ja . Masa aku darjah satu , ramai gila yang beli kotak pensil yang bertingkat-tingkat tu . Timbul satu perasaan iri hati didalam diriku . Aku dapat merasakan nafsuku kian meloncak-loncak minta dipenuhkan . Kejap , dah kenapa aku cakap macam nak rogol orang ni ? Ok sambung . Aku sebagai budak kecik yang masih beringus masa tu mula la rasa tercabar sebab depa semua ada kotak pensil yang style-style . Menangis-nangis aku minta kat ayah aku suh belikan aku satu .
 
Last-last ayah aku beli kotak pensil yang boley bukak depan belakang tu . Hukhukhuk . Walaupun kat tepi tu dah ada kemudahan sharpener , tapi aku tetap nak jugak letak sharpener dalam tu . Menyemakkan . Bila aku ingat balik , sumpah bodoh . Kotak pensil ni kira lejen ah dulu . Sapa yang ada tu kira boley nganjing la . Tapi aku baik . Setakat tayang-tayang ni apa barang . Sapa yang ada kotak pensil tingkat-tingkat ni aku cabut skru yang ada kat tepi tu . Kira kotak pensil aku la yang style . See ? baik kan aku ? Ya aku tahu aku memang baik .
 
Dulu masa aku kecik-kecik , ada dua gam yang aku penah nampak . Tapi sekarang ni susah nak jumpak . Kira rare item ah cita dia . Sapa yang lahir tahun 90 ke bawah taw la gam ni gam apa . Ada dua jenis gam . Yang satu tu bentuk dia macam pisang kut . Tapi aku panggil dia gam hingus . Sebab dia melekit-lekit and kaler dia macam kaler hingus . HAHAHA . Gam yang lagi satu pulak , dia ada bagi sudu satu . sebab gam ni kena calik kat sudu pastu baru calik kat kertas . Dua-dua gam ni memang aku jarang nampak dah . Bukan jarang , tapi memang tak nampak dah pun . Pupus dah maybe ?
Ada satu lagi tabiat budak dulu-dulu kalau cikgu tak masuk . You know kan apa jadi kalau cikgu tak masuk ? Yeahhhh paarrtyyyy ! Hell no . Banyak la hampa punya party . Cikgu selalu hantaq wakil kelas sama ada pengawas ataupun ketua darjah . Time tu mula laa semua pakat nganjing buat bising macam cilake . And dulu , mesti depa akan tulis nama sapa yang bising kat papan hitam . Buat huruf T besar , pastu tulis laki pompuan . Paham ? Ok aku taw hampa tak paham . Tengok gambaq kat bawah ni habis cerita .
 
 
Jadi ketua yang jaga kelas ni pun dengan bendulnya tulis nama sapa yang bising . Pastu wajib ada "x1" mewakili satu kali . Tu takpa lagi , ada yang lagi bangang pegi tulis "x100" dengan harapan kami akan dirotan 100 kali . Wahh kalau betul time tu depa kena rotan 100 kali , aku rasa kudung dah kut sekarang ni . Tapi sekarang ni aku taktaw buat lagi ke tak .
 
Masa sekolah rendah , cikgu tak pakai dimerit ni semua . Sapa salah terus kena rotan . Dah la yang tukang rotan tu cikgu KH . Dalam sekolah ni ada dua taiko kat sekolah . Cikgu disiplin and cikgu Kh . Cilake betul . Aku dulu cukup takut ngan cikgu Kh . Dia punya rotan kalau kena , kebas tak terhingga . Aku pernah kena bedal kat bontot dulu , bengkak seminggu ! Takdelah , acah je .  Tiap kali kalau aku nampak cikgu Kh mesti lutut aku lembik . Punya takut aku habaq .
 
 
Ok lah . Aku tak larat nak taip panjang-panjang . Ada banyak lagi benda aku nak cakap  tapi malas . Maklumlah budak candidate cikgu kata .
 

 
Btw masa aku sekolah rendah benda kat atas ni cukup femes dulu . Sapa pernah kena ?


home