awak orang yg ke ----->

Saturday 15 June 2013

Zaman sekolah rendah dulu-dulu .

Assalamualaikum . Tadi aku tengah kemas-kemas bilik aku . Dan aku terjumpak tikus dalam bilik aku . Homaigodd !! Oke acah je . Aku jumpa barang aku masa aku darjah satu dulu-dulu . Aku rasa macam teringat balik masa aku kecik-kecik dulu kat sekolah . Bohong yang amat jikalau aku memberitahumu aku tidak merindui zaman sekolah aku itu. Tapi apa kan daya , usia ku semakin tua . Aku harus kedepan untuk sentiasa berjaya . Celaka . Apasal aku cakap macam ni ni ?

********
Banyak benda masa aku sekolah rendah dulu-dulu yang aku dah lama tak buat . Teringat pulak kenangan kat sekolah . Kenangan terjatuh tangga , kena rotan cikgu , and main batu sambut . Dan tak lupa jugak tercium budak laki . Oke yang tu tipu . Jangan percaya itu semua dusta semata-mata .
 
Hampa ingat dak masa hampa kecik-kecik dulu , mesti akan ada budak dalam kelas bawak botoi air yang kena tekan pastu terbukak . Dulu time kecik-kecik aku memang fanatic gila ngan botoi tuu . Boley nganjing sikit ngan sapa yang takdak . Kahkahkah . Bila aku ingat balik nampak comel pulak . Hat yang taktaw tu , tengok gambaq kat bawah ni .

Lepastu , kalau cikgu tak masuk dalam kelas , mesti aku ngan kawan-kawan aku main game pemadam .  Pemadam sapa duk atas pemadam orang lain dia menang . Budak lelaki kelas aku suka kumpul pemadam banyak-banyak . Orang dulu-dulu pakai pemadam biasa ja . Ada kartun atas pemadam tu . Satu dua kupang . Sekarang ni orang pakai pemadam stabilo jaa --'




Kalau bab pembaris pulak , budak-budak laki suka pakai pembaris yang ada lubang tengah-tengah tu . Harga dua kupang kut . Aku pun pakai pembaris tu jugak . Satu benda aku cukup tak suka pasal pembaris ni sebab dia senang patah . Cukup senang patah . Kalau aku nampak pembaris aku patah , memang menyirap aku cari sapa punya keja .
 
Yang perempuan pulak mesti pembaris dia ada gigi kat bawah . And ada kanta kat atas tuh . Mungkin orang yang jual tu nak suruh kami cari semut kut ? Pastu ada bola dalam pembaris tu . Kiranya macam boley main-main laa time tengah boring kat sekolah . Oh Perh-lis. Aku memang sentiasa boring kat sekolah .
 
Kalau bab kotak pensel , aku pakai yang biasa-biasa ja . Masa aku darjah satu , ramai gila yang beli kotak pensil yang bertingkat-tingkat tu . Timbul satu perasaan iri hati didalam diriku . Aku dapat merasakan nafsuku kian meloncak-loncak minta dipenuhkan . Kejap , dah kenapa aku cakap macam nak rogol orang ni ? Ok sambung . Aku sebagai budak kecik yang masih beringus masa tu mula la rasa tercabar sebab depa semua ada kotak pensil yang style-style . Menangis-nangis aku minta kat ayah aku suh belikan aku satu .
 
Last-last ayah aku beli kotak pensil yang boley bukak depan belakang tu . Hukhukhuk . Walaupun kat tepi tu dah ada kemudahan sharpener , tapi aku tetap nak jugak letak sharpener dalam tu . Menyemakkan . Bila aku ingat balik , sumpah bodoh . Kotak pensil ni kira lejen ah dulu . Sapa yang ada tu kira boley nganjing la . Tapi aku baik . Setakat tayang-tayang ni apa barang . Sapa yang ada kotak pensil tingkat-tingkat ni aku cabut skru yang ada kat tepi tu . Kira kotak pensil aku la yang style . See ? baik kan aku ? Ya aku tahu aku memang baik .
 
Dulu masa aku kecik-kecik , ada dua gam yang aku penah nampak . Tapi sekarang ni susah nak jumpak . Kira rare item ah cita dia . Sapa yang lahir tahun 90 ke bawah taw la gam ni gam apa . Ada dua jenis gam . Yang satu tu bentuk dia macam pisang kut . Tapi aku panggil dia gam hingus . Sebab dia melekit-lekit and kaler dia macam kaler hingus . HAHAHA . Gam yang lagi satu pulak , dia ada bagi sudu satu . sebab gam ni kena calik kat sudu pastu baru calik kat kertas . Dua-dua gam ni memang aku jarang nampak dah . Bukan jarang , tapi memang tak nampak dah pun . Pupus dah maybe ?
Ada satu lagi tabiat budak dulu-dulu kalau cikgu tak masuk . You know kan apa jadi kalau cikgu tak masuk ? Yeahhhh paarrtyyyy ! Hell no . Banyak la hampa punya party . Cikgu selalu hantaq wakil kelas sama ada pengawas ataupun ketua darjah . Time tu mula laa semua pakat nganjing buat bising macam cilake . And dulu , mesti depa akan tulis nama sapa yang bising kat papan hitam . Buat huruf T besar , pastu tulis laki pompuan . Paham ? Ok aku taw hampa tak paham . Tengok gambaq kat bawah ni habis cerita .
 
 
Jadi ketua yang jaga kelas ni pun dengan bendulnya tulis nama sapa yang bising . Pastu wajib ada "x1" mewakili satu kali . Tu takpa lagi , ada yang lagi bangang pegi tulis "x100" dengan harapan kami akan dirotan 100 kali . Wahh kalau betul time tu depa kena rotan 100 kali , aku rasa kudung dah kut sekarang ni . Tapi sekarang ni aku taktaw buat lagi ke tak .
 
Masa sekolah rendah , cikgu tak pakai dimerit ni semua . Sapa salah terus kena rotan . Dah la yang tukang rotan tu cikgu KH . Dalam sekolah ni ada dua taiko kat sekolah . Cikgu disiplin and cikgu Kh . Cilake betul . Aku dulu cukup takut ngan cikgu Kh . Dia punya rotan kalau kena , kebas tak terhingga . Aku pernah kena bedal kat bontot dulu , bengkak seminggu ! Takdelah , acah je .  Tiap kali kalau aku nampak cikgu Kh mesti lutut aku lembik . Punya takut aku habaq .
 
 
Ok lah . Aku tak larat nak taip panjang-panjang . Ada banyak lagi benda aku nak cakap  tapi malas . Maklumlah budak candidate cikgu kata .
 

 
Btw masa aku sekolah rendah benda kat atas ni cukup femes dulu . Sapa pernah kena ?


0 curious people :

home